Sunday, November 28, 2010

POKOK BUNGA KERTAS

Bougainvillea atau pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri - ciri seperti kertas.terdapat pelbagai jenis bunga kertas yang berwarna - warni.Berbunga lebat bila musim panas.Daunnya akan gugur dan hanya tinggal bunga pada pokok.

Sesuai ditanam pada tempat terbuka yang menerima cahaya matahari penuh tanpa naungan.sekiranya ditanam pada tempat teduh pokok tidak akan mengeluarkan bunga.

Bunga Kertas dibiakkan melalui keratan antara 4 - 6 inci.Ditanam dalam pasir halus dan perlukan siraman setiap hari. Campuran pasir , organik nisbah 1:1 mengandungai tanah dan kompos.

Pokok bunga kertas memerlukan campuran medium tanaman di mana air senang mengalir keluar. campuran yang sesuai dan disyorkan ialah 3:2:2 (tanah peroi:tanah gambut/baja organik:pasir sungai)

Pokok bunga kertas perlu disiram sekali sehari.pada musim panas siram pada waktu pagi dan petang untuk mengelak pokok menjadi layu.

Pembajaan perlu dilakukan dua minggu sekali.Anda boleh menggunakan baja organik atau baja khas untuk bunga kertas.Kadar baja adalah sekitar satu sudu besar bagi baja campuran dan dua sudu besar bagi baja organik. Ini adalah kadar untuk pokok yang di dalam pasu.
Pemangkasan perlu dilakukan apabila bunga mulai gugur dan kurang berseri. Potong bahagian yang nampak tidak elok dan selepas seminggu bolehlah dibaja.

pokok pelbagai warna dan daun boleh dikawinkan menjadi satu pokok untuk mendapatkan bunga berwana - warni.pokok bunga kertas boleh dijadikan pokok bonsai untuk kelihatan lebih ekslusif.

BUNGA KERTAS/BOUGAINVILLEA

BUNGA KERTAS

BUNGA KERTAS


BUNGA KERTAS

BUNGA KERTAS

BUNGA KERTAS

JARAK BUNTING

 Jatropha Podagriga lebih dikenali dengan nama jarak bunting sangat popular dijadikan tanaman hiasan diperkarangan rumah zaman sekarang.Selain daripada penampilan yang ringkas serta penjagaan yang mudah, ia juga sangat cantik dipandang membuatkan ia popular sebagai tanaman hiasan.Bunganya pula berwarna merah keorenan dan berbentuk seperti batu karang.Ia juga digunakan sebagai ubat untuk penyakit tertentu. 


JARAK BUNTING


Monday, November 15, 2010

BIRD NEST FERN

Pokok ini juga dikategorikan dalam keluarga pokok pakis.Sering disebut pokok sarang burung.Tumbuh secara semula jadi dalam hutan hujan.Pokok ini hanya mempunyai daun yang tumbuh di sekelilingnya berbentuk seperti pinggan atau pun sarang burung.daunya boleh mencapai sehingga 2m lebih.Pokok ini sesuai di tanam pada kawasan yang redup seperti dalam hutan.sesuai untuk tanaman indoor. 

Pokok ini memang memerlukan bahan organik untuk hidup dan amat sesuai jika ditanam pada tanah yang mempunyai bahan kompos. Pokok ini juga boleh dibiakkan melalui spora tetapi jarang dilakukan. Hanya spora yang betul-betul matang sahaja boleh digunakan.Boleh juga ditanam dalam pasu, letakkan sabut dan bahan2 organik.Pastikan air tidak bertakung.Elakkan dari pancaran matahari yang terik supaya daunnya tidak melecur.daun yang rosak boleh dipotong supaya menggalakkan purtumbuhan daun baru.

BIRD NEST FERN / POKOK SARANG BURUNG


POKOK SARANG BURUNG

Sunday, November 14, 2010

SPIDER LILY

Spider lily atau nama saintifiknya Hymenocallis littoralis daripada keluarga Amaryllidaceae.Pokok ada kira-kira 50 spesies di dunia.Pokok bebawang yang menjadi herba sejak berkurun lamanya ini mempunyai bunga unik kerana ada lingkaran di tengah-tengah (corona) yang jarang ditemui pada spesies sama.
Hymenocallis bermaksud ‘membran cantik’ dalam bahasa Greek, merujuk kepada lingkaran di tengah bunga berkenaan yang bersambung dengan tangkai bunga yang mengeluarkan debunga yang dikategorikan sebagai tanaman menakjubkan.
Spider lily atau bakung lebih sesuai untuk menghiasi taman air atau tumbuhan hiasan dalam pasu. Walaupun dikenali sebagai lily labah-labah.Pokok ini mudah ditanam tetapi memerlukan cuaca yang panas dan tanah sedikit lembap tetapi bukannya terendam di dalam air. Daunnya kekal berwarna hijau walaupun selepas bunganya gugur.bunga bakung ini tidak perlukan penyelenggaraan seperti tumbuhan laman lain yang perlu selalu dibersihkan.
Hymenocallis boleh membesar sehingga tiga kaki (0.91 meter) dan biasanya perlu dibaja sebulan sekali dengan baja seimbang dan biasanya tumbuhan ini dipilih sebagai tanaman pemisah sempadan atau ditanam berbaris di kiri kanan jalan masuk ke laman.
Dalam perubatan tradisional, tumbuhan ini dikatakan menjadi herba merawat luka tetapi ia tidak boleh dimakan kerana dikatakan beracun.
SPIDER LILY
SPIDER LILY
SPIDER LILY

Saturday, November 13, 2010

RED PALM

Cyrtostachys renda Pokok palm merah adalah antara yang menjadi pilihan untuk ditanam di tepi pintu pagar atau di lorong masuk ke rumah, chalet atau hotel.Ramai yang menanamnya di halaman rumah. Jika kawasan tidak luas, cukup sekadar menanam dua pokok di kiri dan kanan pintu pagar, tetapi jika ada ruang yang lebih luas, pokok itu boleh ditanam berbaris.Ia juga dikenali sebagai pokok Sealing Wax Palm.

 Palm merah boleh mencapai ketinggian sehingga 5m.Tumbuh secara merimbun, batangnya pula pada bahagian atas berwarna merah,bahagian tengah berwarna hijau dan pada pangkal bawah warna kuning kelabu.

pokok ini sesuai ditanam pada kawasan yang mendapat cahaya matahari yang penuh dan juga pada kawasan yang teduh.Untuk keadaan tanah pula memerlukan kelembapan yang tinggi.Tidak sesuai tanah yang kering.Boleh tahan persekitaran yang panas seperti iklim khatulistiwa.

RED PALM

RED PALM

RED PALM

Friday, November 12, 2010

SNAKE PLANT

Sansevieria Trifasciata.Terkenal dengan nama pokok lidah emak mertua atau lidah jn.Tumbuhan ini merupakan tumbuhan berwarna hijau berjalur kuning di tepinya serta keras. Ia tidak mempunyai batang. Ia boleh tumbuh setinggi 4 kaki dan lebar 2.75 inci. Bunganya pula bewarna putih kehijauan.Lidah mertua bersifat sejuk, berkhasiat antibiotic.Kandungan kimia daunnya mengandungi abamagenin, kardenolin, saponin dan polifenol.Antara kegunaannya seperti merawat bengkak terseliuh,batuk dan banyak lagi.

Cara penjagaan sangat mudah, hanya perlu disiram bila tanah dalam pasu kering.Pokok ini tidak perlu air yang banyak.Pokok ini boleh juga ditanam dalam pasu berisi air.Tetapi pokok tidak akan membesar seperti ditanam dalam tanah.

SNAKE PLANT

SNAKE PLANT

Thursday, November 11, 2010

TIGER ORCHID

Rossioglossum grande juga dikenali sebagai giant orchid, orkid tebu, orkid harimau.Berbunga pada pertengahan tahun dan bunga bertahan sehingga 6 bulan.Ketinggian tangkai bunga boleh mencapai sehingga 1m lebih.Orkid ini akan berbunga bila sudah merimbun sehingga 15 batang.Cara penjagaan sangat mudah berbanding orkid lain.hanya perlu siram air bila perlu.Sekali sekala siram air darah ikan.Pokok akan lebih sihat.

Batang orkid yang buruk tiada daun jangan dipotong,boleh menyebabkan orkid tidak mengeluarkan bunga.Cara penanaman orkid ini tidak perlu letak dalam tanah.letak sabut kelapa dalam pasu kemudian masukkan orkid kedalam pasu.boleh juga diletak pada batang pokok atau tungul kayu buruk.ikat sabut pada akar pokok orkid dan ikat pada batang pokok.



TIGER ORCHID/ORKID TEBU

TIGER ORCHID

TIGER ORCHID


TIGER ORCHID
TEGER ORCHID

Sunday, November 7, 2010

PERKHIDMATAN

Untuk tempahan pokok,pasu dan landskap hanya diterima sekitar langkawi.

CARA HUBUNGI

anda boleh hubungi 04-9552861 (EN ARSHAD)
email ( arshadsemaian@yahoo.com )

pasu bunga

 Harga dari RM 2.50 hinga RM 450


Pokok Hiasan

Snake Plant
Rhapis


Foxtail Palm

Bonsai Ficus
Sarang burung ( Bird Nest )
Pokok puding ( Codiaeum )

Agave

Victoria Fern

Kacip Fatimah ( Labisa Pumila )

Rhapis

Kesinai

Japanese Bamboo

bismarckia

Fishtail Fern

Tiger Orchid

Planters

Bluebell

Bamboo Grass