Saturday, May 28, 2011

LICUALA GRANDIS

Pokok palma ini agak rendah dan daunnya boleh mencapai tinggi dua meter dan berbentuk menarik. Bahagian muda pada daunnya agak lembut dan berwarna hijau tua untuk jangka waktu yang agak lama.Sesuai ditanam pada tempat kurang menerima cahaya matahari.


licuala grandis

Sunday, January 16, 2011

Livistona rotundifolia

Pokok ini juga di panggil pokok Serdang, Footstool Palm dan juga Livistona Rotundifolia.Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 20 kaki.Sesuai untuk ditanam sebagai landskap halaman rumah, tepi jalan atau tanam secara berkelompok.Boleh ditanam pada kawasan yang menerima cahaya matahari penuh.Daunnya bulat seperti kipas.


Livistona rotundifolia


Livistona rotundifolia

Livistona rotundifolia

Thursday, January 13, 2011

ATI - ATI

Pokok Ati-ati atau Coleus merupakan sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna.Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai tanaman penghias taman.keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu.Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter.Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.

Pokok ati-ati sesuai dengan tanah gembur yang banyak mengandungi bahan organik tetapi tidak menakung air akan membantu pertumbuhan dan proses pengakaran yang baik.Baja kimia yang tinggi kandungan nitrogen perlu dibekalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mendapatkan daun yang cantik.Pokok ati-ati memerlukan cahaya penuh tetapi tidak secara lansung / terik bahangnya. Pokok yang telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak dan setelah berbunga, proses mengeluarkan daun muda berhenti yang lazimnya tidak lagi menampakkan serinya.

Oleh itu, selepas berbunga, adalah disyorkan dahan bunganya dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru. Pokok tua yang susah untuk digubah atau dibentuk berikutan serlahan warna daun semakin pucat boleh dijadikan baka untuk semaian pokok baru dengan penanaman semula menggunakan batang.

daun ati-ati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. caranya ialah dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari.selain itu campuran daun ati-ati, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim.Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun ati-ati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secaan, campurkan sedikit gula batu dan minum.


ATI-ATI

Wednesday, January 12, 2011

COSTUS WOODSONII

Bunga merah seakan - akan nanas ini adalah spesis ginger.juga dipanggil Red Button Ginger.berbunga sepanjang tahun.mudah dijaga.bunga tahan lama.boleh mencapai ketinggian sehingga 4 kaki.batangnya seperti buluh tidak bercabang.boleh ditanam pada kawasan yang teduh dan juga kawasan terbuka yang mendapat matahari penuh.air pelu disiram selalu.sesuai ditanam dalam pasu dan atas tanah.cara untuk membiak pokok ini adalah melalui keratan batang.


COSTUS WOODSONII








COSTUS WOODSONII

Tuesday, January 11, 2011

CORDYLINE

Cordyline merupakan pokok batang berkayu dan boleh mencapai hingga 6 meter tinggi, tidak banyak cabang.Daun jenis ringkas dalam susunan berpilin, bentuk memanjang, membujur atau berbentuk mata lembing, sepanjang 45 sm dan 7.5 – 15 sm lebar; tangkai daun panjang, leper, ada jenis berdaun hijau dan ada pula berwarna merah, merah jambu atau ungu berjalur dan sempadan daun berwarna putih.
Bunga kecil dalam jambak yang sederhana besar hingga 70 sm panjang, warna kuning atau ungu muda.
Buah bentuk bebola, berwarna merah, ukuran garis pusat lebih kurang 1 sm.

Kaedah pembiakan
Boleh ditanam dengan menggunakan keratan batang atau pucuk yang berdaun. Sesetengah orang pula menggunakan kaedah tut.Amat mudah ditanam di mana keratannya akan tumbuh menjadi pokok yang baru.Sesuai ditanam di dalam pasu, atas tanah secara tunggal, berbaris, berjalur ataupun secara berkelompok.



CORDYLINE

CORDYLINE TERMINALIS

CORDYLINE TERMINALIS

CORDYLINE TERMINALIS

CORDYLINE

CORDYLINE