Monday, November 15, 2010

BIRD NEST FERN

Pokok ini juga dikategorikan dalam keluarga pokok pakis.Sering disebut pokok sarang burung.Tumbuh secara semula jadi dalam hutan hujan.Pokok ini hanya mempunyai daun yang tumbuh di sekelilingnya berbentuk seperti pinggan atau pun sarang burung.daunya boleh mencapai sehingga 2m lebih.Pokok ini sesuai di tanam pada kawasan yang redup seperti dalam hutan.sesuai untuk tanaman indoor. 

Pokok ini memang memerlukan bahan organik untuk hidup dan amat sesuai jika ditanam pada tanah yang mempunyai bahan kompos. Pokok ini juga boleh dibiakkan melalui spora tetapi jarang dilakukan. Hanya spora yang betul-betul matang sahaja boleh digunakan.Boleh juga ditanam dalam pasu, letakkan sabut dan bahan2 organik.Pastikan air tidak bertakung.Elakkan dari pancaran matahari yang terik supaya daunnya tidak melecur.daun yang rosak boleh dipotong supaya menggalakkan purtumbuhan daun baru.

BIRD NEST FERN / POKOK SARANG BURUNG


POKOK SARANG BURUNG

No comments: