Sunday, November 28, 2010

POKOK BUNGA KERTAS

Bougainvillea atau pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri - ciri seperti kertas.terdapat pelbagai jenis bunga kertas yang berwarna - warni.Berbunga lebat bila musim panas.Daunnya akan gugur dan hanya tinggal bunga pada pokok.

Sesuai ditanam pada tempat terbuka yang menerima cahaya matahari penuh tanpa naungan.sekiranya ditanam pada tempat teduh pokok tidak akan mengeluarkan bunga.

Bunga Kertas dibiakkan melalui keratan antara 4 - 6 inci.Ditanam dalam pasir halus dan perlukan siraman setiap hari. Campuran pasir , organik nisbah 1:1 mengandungai tanah dan kompos.

Pokok bunga kertas memerlukan campuran medium tanaman di mana air senang mengalir keluar. campuran yang sesuai dan disyorkan ialah 3:2:2 (tanah peroi:tanah gambut/baja organik:pasir sungai)

Pokok bunga kertas perlu disiram sekali sehari.pada musim panas siram pada waktu pagi dan petang untuk mengelak pokok menjadi layu.

Pembajaan perlu dilakukan dua minggu sekali.Anda boleh menggunakan baja organik atau baja khas untuk bunga kertas.Kadar baja adalah sekitar satu sudu besar bagi baja campuran dan dua sudu besar bagi baja organik. Ini adalah kadar untuk pokok yang di dalam pasu.
Pemangkasan perlu dilakukan apabila bunga mulai gugur dan kurang berseri. Potong bahagian yang nampak tidak elok dan selepas seminggu bolehlah dibaja.

pokok pelbagai warna dan daun boleh dikawinkan menjadi satu pokok untuk mendapatkan bunga berwana - warni.pokok bunga kertas boleh dijadikan pokok bonsai untuk kelihatan lebih ekslusif.

BUNGA KERTAS/BOUGAINVILLEA

BUNGA KERTAS

BUNGA KERTAS


BUNGA KERTAS

BUNGA KERTAS

BUNGA KERTAS